Kadang-kadang kita tahu akan kewujudan seseorang tetapi kita tidak mengenalinya. Dan dalam kesibukan kita menjalani kehidupan saban hari, tidak pula kita berusaha untuk mengenalinya. Sehinggalah kita dengar khabar yang seseorang itu telah meninggal dunia, maka ketika itu barulah kita merasa ingin mengenalinya, dan kita mula mencari apa sahaja maklumat mengenainya. Dalam pencarian kita itu barulah kita mula mengenalinya sedikit demi sedikit. Namun apakan daya, dia sudah tiada.

Demikianlah pengalaman kebanyakan kita dalam Kariah An-Nur dan As-Salam baru-baru ini apabila kita dikejutkan dengan berita pemergian anak tersayang Tuan Haji Mat Asis Mahnoon dan Puan Hajah Noraini Roslan. Segelintir kita tahu Al-Marhumah Dr. Nida Fatin Mat Asis, tetapi kita belum mengenalinya. Namun dalam pemergiannya Al-Marhumah telah menolong kita yang tinggal untuk mengeratkan silaturrahim kita, terutama dalam pada Yasinan dan Tahlilan kita bersua semula dengan rakan-rakan Kariah Surau-Surau yang lain.

Surah Al-Fajr ayat 27 – 30 :

Di antara mereka yang mula mengenali Al-Marhumah selepas pemergiannya ramai yang mengarang pelbagai komentar dalam laman-laman sosial. Semoga maklumat-maklumat mengenainya menjadi dorongan kepada anak-anak muda kita, Insya Allah.