surau an-nur setia ecopark
Surau An-Nur di Setia Ecopark, Shah Alam :

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera kepada semua pengunjung kepada laman web Surau An-Nur, Setia Ecopark, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Melalui laman web ini kami berhasrat untuk menyediakan satu sistem “online” untuk menyampaikan segala maklumat berkaitan dengan Surau kami, berita terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang diusahakan oleh AJK Surau, termasuk kuliah, kelas pengajian, program luar seperti sukan, kerja-kerja amal dan lain-lain yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Kalau anda memang penduduk kawasan berhampiran Surau An-Nur, terutama dari Setia Ecopark, anda bolehlah berdaftar melalui pautan ini.

Saudara-saudari dialu-alukan untuk imarahkan Surau kami pada bila-bila masa. Bagi pengunjung yang belum biasa ke Surau kami, sekiranya anda mencari tempat untuk beribadah, dan kebetulan anda berada di sekitar kawasan kami di Setia Ecopark, silalah hadir ke Surau An-Nur. Mengenai lokasi kami :

Alamat : No. 1, Jalan Setia Nusantara U13/17, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor.
Hubungi Kami secara online.