takbir-2015Alhamdulillah, Ahli Kariah Surau An-Nur telah dengan jayanya membawa kembali kenangan-kenangan zaman silam melalui program “Takbir Menjelang 1 Syawal” keliling Setia Ecopark.

Rombongan Takbir telah bermula selepas solat berjemaah Isyak pada 16 Julai 2015, lingkungan jam 9:30 malam, dipimpin oleh Pengerusi AJK Surau Y.Bhg. Datuk Mohammad Maidon dan disertai oleh sejumlah 20 orang Ahli Kariah. Semasa dalam perjalanan sejumlah 9 buah rumah telah dikunjungi. Program telah berlanjutan sehingga jam 1:00 pagi tanggal 17 Julai 2015 bersamaan dengan 1 Syawal 1436H.

Insya Allah kita akan dapat mengulangi program Takbir ini semula pada tahun-tahun yang akan datang.

Berikut ialah video ringkas yang dihasilkan berbekalkan gambar dan video yang telah dirakam oleh Ahli Kariah.